Worldview: Harun Rashid's Malaysia Commentary

Bilangan Tanpa Imbangan
Diterjemahkan oleh:
Sukarelawan Penterjemah Amal Rakyat (SPAR)
2 Mei, 2001

Kerajaan yang ada sekarang ini semakin tidak diingini dan rakyat amat kepingin mencarikan pengganti. Usaha cara aman untuk menjatuhkan parti yang berkuasa ditentang oleh para menteri UMNO-BN, yang mahu mempertahankan hak memerintah negara sehingga digantikan oleh kerajaan yang ditentukan oleh pilihanraya.

Perdana menteri selaku jurucakap parti yang berkuasa telah bersuara lantang menyatakan betapa baiknya negara diperintah oleh kerajaan diktator.

Walaupun kewujudan parti ini terlaksana hasil proses demokrasi, ia semakin berani mencadangkan demokrasi tidak diperlukan lagi.

Hakikatnya kerajaan diktator ini memang sudah lama bertakhta, seperti yang dituliskan dalam tulisan saya pada Oktober 31 dulu. Kini sahlah sudah, Malaysia mempunyai seorang diktator sebagai pemerintah. Soalnya sekarang, apakah sambutan rakyat Malaysia.

Ramai yang berpendapat adalah sudah terlalu lambat untuk berbuat apa-apa, kerana kerajaan diktator ini sudah terlalu tegap untuk dijatuhkan. Ramai yang mempunyai pendapat berbeza. Eloklah kalau diperiksa kekuatan di dua pihak yang bertentangan itu.

Ada sebuah filem sejarah bertajuk ZULU di mana ada satu babak menunjukkan bala tentera muda-muda yang bersenjatakan perisai yang diperbuat daripada kulit kering dan belukang. Mereka muncul daripada semak dan rumput panjang, mengetuk perisai dengan lembing panjang sambil menjerit laungan perang menakutkan askar British yang datang menyerang, walaupun bilangan mereka amat kurang.

Penjajah British, yang angkuh dengan semangat sukan kaum penjajah, menggunakan peluang menembak mereka seolah-olah nyawa pejuang itu adalah mainan sukan juga. Pegawai pemerintah British tidak pun mengerti kenapakah wira-wira pribumi itu nekad berjuang sampai mati. Dia keliru kenapa wira-wira muda itu sanggup mengorbankan nyawa menghadapi seteru yang berbekalkan senapang dan peluru. Seorang pedagang Boar yang sudah banyak pengalamannya menghalakan telunjuknya kepada seorang ketua Zulu yang berdiri megah di atas bukit sambil menyaksikan pertempuran di bawah,: “ Lihat dulu, ketua Zulu itu. Dia sedang mengira semua senjata yang ada lagi dengan kamu.” Adalah amat penting mengetahui berapa banyak senjata yang digunakan dalam permainan itu.

Di Malaysia terdapat 85,000 anggota polis, dan sekitar 100,000 anggota angkatan tentera bersenjata. Jumlah tenaga bersenjata bolehlah dirumuskan sekitar 200,000 orang. Semuanya bersenjata lengkap, sehinggakan setiap kali berlakunya penangkapan, pembunuhan yang ditangkap adalah sesuatu yang mudah kalau yang ditangkap itu dianggap seteru yang mesti dihapuskan.

Dari kacamata parti yang sedang berkuasa, bilangan ini bukannya sesuatu yang memberangsangkan. Kesetiaan anggota polis dan juga angkatan tentera bukannya sesuatu yang boleh dimegahkan. Inilah sebabnya pihak yang berkuasa selalu sahaja tidak tenteram keadaannya. Para pemimpin memang sedar rapuhnya kedudukan mereka, dan ramai sekutu mereka sudah lama bersara dan melencong di tepian. Setiap kali adanya himpunan manusia, setiap kali itu juga rakyat marhaen menghitung jumlah polis yang digembleng.

Anggota polis boleh dikerah berhimpun di satu pusat untuk memperagakan kekuatan yang ada kalau cukup isyarat untuknya. Mereka akan dihantar dengan trak dan bas daripada berek dan markas. Kalau ramai himpunan manusia itu, polis akan mengerahkan meriam pancutan air asid dan kelengkapan gempur untuk menunggu. Inilah senjatanya yang digunakan terhadap rakyat marhaen yang mungkin mempunyai saudara mara di kalangan polis yang cuba meleraikan mereka. Namun, apabila himpunan tenaga polis dipusatkan di satu tempat, kelemahannya di tempat lain ternyata amat ketara.

Sejak beberapa bulan yang lalu, rakyat marhaen telah menganjurkan banyak himpunan rakyat untuk mengemukakan rintihan mereka kepada menteri kerajaan.

Masalah mereka tidak pun dilayan. Pada asasnya, semua himpunan rakyat dianggap tidak sah. Parti yang sedang berkuasa lebih rela mencetuskan kemarahan rakyat dalam usaha menunjukkan mereka masih gagah. Rakyat tidak mudah dibodohkan. Pemimpin UMNO perlu beralah juga ataupun terpaksa berhadapan dengan rakyat yang terus membuat tuntutan yang lebih menakutkan.

MTUC sudah pun menyatakan hasrat melancarkan mogok seluruh negara. Apabila penunjuk perasaan tidak tertumpu di satu tempat bererti polis dan tenterapun tidak akan dikerah secara berpusat menentang mereka. Perbezaan bilangan akan semakin ketara. Kelemahan sebenar parti yang sedang berkuasa akan terdedah dengan jelas. Itu sebabnya kerajaan berusaha sedaya upaya menyekat sebarang usaha tunjuk perasaan merata tempat di seluruh negara.

MTUC bercadang melancarkan mogok seluruh negara kerana membantah pembaziran dana KWSP. Kepada senarai KWSP itu mungkin juga ditambah bagaimana dana dikawal oleh perdana menteri dan juga menteri kewangan. Malahan dana Tabung Hajipun terlibat sama, memang banyak wang rakyat marhaen yang digunakan untuk projek mega, dan untuk menyelamatkan syarikat yang dipunyai dan dikuasai oleh para pemimpin parti yang berkuasa.

KWSP mempunyai hampir 10 juta ahli, semuanya amat runsing akan keselamatan wang tabungan mereka. Mereka mahu satu penyata akaun daripada pengurus dana, dan mereka mahukan jawapan yang segera. Kalau mereka tidak dilayan dengan memuaskan dalam dua tiga hari lagi, sudah tentu akan dilancarkan mogok seluruh negara. Sepuluh juta ahli dana adalah satu bilangan manusia yang besar. Memang agak sukar untuk polis dan juga tentera menangkap mereka.

Inilah yang amat ditakuti oleh para konspirator. Inilah masalahnya yang mereka merasa tertekan. Memang tidak ada pilihan lagi. Kisah sebenar tentang saham dan kerugian pinjaman pun akan diketahui juga. Apabila rakyat marhaen menyedari betapa berlakunya kerugian yang besar kepada tabung KWSP, mereka akan naik angin. Mereka akan naik berang. Itulah sebabnya mogok seluruh negara itu mahu dielakkan sedaya mungkin.

Fauzi sudah pun meminta secara berhemah agar Anwar Ibrahim dihantar ke Jerman untuk menerima rawatannya. Seandainya permohonan ini ditolak, besar kemungkinan satu pilihanraya kecil Beserah akan berlaku juga. Sudah ada satu senarai panjang merayu agar kerajaan mempunyai sifat perikemanusiaan dalam kisah Anwar itu. Kepada senarai itu tambahkan pula nama Harun Rashid.


Kita semua boleh melipat gandakan kuasa internet

Sila buat salinan dan beri kepada rakan kalian

Sila minulis kepada Harun Rashid: harunrashid@yqi.com

URL untuk halaman ini ialah http://home.yqi.com/harunrashid1/

kembali ke halaman utama