Kenapa Perdana Menteri Bersara
Oleh Harun Rashid
Aug 19, 2002

Beberapa tahun yang lalu perdana menteri Dr. Mahathir pernah berkata: "Mereka akan menghadapi masalah untuk menyingkirkan saya." Ketika itu, ada pihak yang memikirkan bahawa adalah ganjil untuk seseorang yang memimpin satu institusi demokrasi, dan kerap menyatakan kesediaan untuk bersara secara sukarela; "Apabila saya tidak lagi dikehendaki". Masa begitu sudah lama berlalu, dan keinginannya untuk terus bergayut kepada jawatannya itu sudah semakin terserlah kepada semua. Tarikan jawatan yang tinggi itu menyebabkan ramai orang yang pintar dan berpelajaran tinggi bersedia menjual harga diri mereka mendapatkan pengalamannya. Itulah kejayaan Mahathir, setakat ini.

Kini, dia sudah menyatakan hasrat mahu bersara. Niat itu diserlahkan sebagai satu persaraan yang dibuat secara sukarela. Ia berlaku secara mendadak, dalam satu cara ortodoks yang sungguh tidak disangka-sangka. Tidak ada satu penyerahan surat perletakan secara formal. Ia merupakan satu majlis yang sungguh beremosi, yang dipenuhi titisan airmata dan perasaan kecewa yang mudah meruntun hati. Ia tidak merupakan satu penyerahan niat bersara yang format, kerana ia adalah gambaran satu niat yang amat samar tujuannya. "I have decided, I have decided, lama dah" (saya dah buat keputusan, lama dah....... nak buat benda ni...!!!!) katanya sebagai jawapan yang penuh perasaan tertekan apabila ramai menteri yang menyerbu ke sisinya. Mereka turut takut akan perihal diri sendiri, bukannya bermaksud mahu ambil pusing akan hal peribadinya.

Untuk mendapatkan jawapan itu eloklah kita menyorot kepada peristiwa yang berlaku pada bulan September 1998. Satu gelombang kesedaran tiba-tiba meledak di Malaysia disebabkan ketidak-upayaan (ataupun keengganan) Presiden baru Indonesia untuk mengawal dan melindungi Suharto dan ahli keluarganya daripada proses pendakwaan. Timbul kesedaran betapa Anwar Ibrahim tidak boleh dipercayai, kerana itu ada tindakan menyingkirkan beliau daripada jawatannya sebagai Timbalan Perdana Menteri. Satu kempen mengaibkan Anwar telah dilancarkan untuk beberapa tahun lamanya. Penggerak utama adalah rakan sekutu politik Mahathir yang bernama Daim Zainuddin. Anwar dijangka meletakkkan jawatannya dengan penuh keaiban. Mahathir berjanji, seandainya beliau undur tanpa sebarang karenah, dia akan diberikan imbuhan kerana kesediaannya itu dan sikap sanggup untuk membisu. Seandainya dia berdegil, Mahathir mengugut mahu mendakwanya dengan tuduhan palsu. Apabila tercetus konfrontasi secara berdepan itu, Anwar tidak sanggup untuk bersetuju.

Yang mengejutkannya, Mahathir tersilap congak. Sepatutnya dia lebih tahu, kerana Anwar sudah lama mengggunakan alasan keIslaman untuk menudung segala unsur rasuah yang terdapat dalam pentadbiran Mahathir sejak lapan tahun sebelum itu. Usaha itu adalah satu pakatan yang berkesan untuk Mahathir dan Anwar. Anwar telah merelakan Mahathir melakukan segala kegiatan yang tidak bermoral, sambil berpuashati untuk menunggu masanya sebagai orang dalam, sambil merancang membuat segala perubahan yang perlu sebaik sahaja dia mengambil-alih jawatan utama itu.

Bahaya ugutan yang menghantui Mahathir dan Daim memang ada asasnya yang benar. Kerana itu mereka sedar betapa penting memadamkan suara Anwar. Mereka terpaksa menyekat satu usaha mencabar jawatan presiden UMNO yang sekaligus membolehkan pemenangnya menjadi Perdana Menteri. Kalaulah Anwar mendedahkan segala kerja jijik Daim Zainuddin dan Mahathir, terutama sekali akan perihal bagaimana mereka menyapu licin segala kekayaan yang tersorok dalam perbendaharan UMNO dan perusahaan utama Malaysia, sudah tentu kemarahan yang membuak dalam UMNO pasti meledak. Selaku menteri kewangan, Anwar Ibrahim mempunyai segala ruang untuk memantau segala maklumat, dan segala cemuhannya terhadap kerja jijik itu sudah tentu menjadi sumber keraguan di banyak pihak yang terlibat.

Anwar memang popular ketika itu, dan sedang merelakan kewujudan satu kumpulan pengikut yang merestui perjuangannya. Sudah semakin terserlah betapa dia sudah berupaya mencabar Mahathir dari dalam UMNO sendiri. Daim sudah nampak akan bahaya unsur ini dan membuat kepastian bahawa dunia politik Anwar mesti dihancurkan, dengan segera. Maka terlakarlah rencana durjana yang membabitkan puak reformasi menentang penyangak yang mahu bertapak. Anwar menyambut cabaran mereka, "Laksanakan kedurjanaan terhebat anda, kebenaran akan terserlah juga," demikian jawapannya.

Ugutan yang serupa pernah dikenakan terhadap pihak lain dalam kerajaan, betapa satu pendakwaan yang dirancang terhadap mereka yang gagal akur kepada arahan untuk bersara dan melepaskan jawatan. Semua ugutan itu sudah menonjolkan kejayaannya. Cuma para konspirator yang bersekongkolan itu tidak terfikir bahawa Anwar adalah bukan calang-calang manusia yang mampu memaparkan wibawa yang berbeza dari pengharapan mereka. Anwar Ibrahim menyambut cabaran kedurjanaan, memaksa peraturan sistem mahkamah yang haprak terdedah dan ternoda sehingga sistem penghakiman Malaysia tercemar dengan hinanya di mata dunia.

Anwar tersingkir secara paksa dari jawatannya. Dia dipecat dengan alasan wujudnya perilaku yang tidak bermoral, senada laporan yang dikemukakan oleh Mahathir. Dia tidak dituduh dan didakwa serta-merta, ataupun dikenakan arahan pergi bercuti untuk sementara. Mahathir bersuara lantang betapa dia mempunyai segala bukti yang terang, yang mampu didedahkannya dengan segala butiran yang jelas dan panjang. Segala 'bukti' yang didakwanya itu tidak pernah terdedah mulai daripada saat itu, sedangkan dirinya sendiri takut menghadiri arahan mahkamah yang memberikan sapina untuk berbuat begitu. Alasan sebenar terlalu jelas. Segala kenyataannya yang memfitnah itu memang tidak berasas.

Apabila dia dilucutkan segala jawatannya, Anwar mula melancarkan kempen merata negara untuk memperkukuhkan kedudukan pengaruhnya. Dia bertindak sanggup mencabar Mahathir daripada jawatan unggulannya. Di tahap awalan, Anwar tidak diterima sebagai seorang calon yang serius. Hanya setelah dia berjaya menarik himpunan manusia yang tidak kepalang ramainya, sambil berpidato mendedahkan korupsi yang sudah lama menggila dalam kerajaan yang ada, barulah timbul satu kesedaran bahawa Anwar mesti dimusnahkan dengan segera. Arahan yang asal telah diserahkan kepada pihak polis, membunuhnya di rumah kediamannya sendiri, dengan tipu muslihat dia terbunuh kerana mencuba melepaskan diri ketika dicari.

Tetapi, Anwar sudahpun menghantar notis bertulis betapa dia tidak akan menentang penangkapannya, dan seandainya ada waran tangkap yang dikeluarkan, dia rela menyerah diri tanpa bantahan. Pembunuh yang bertopeng dikerah tanpa isyarat dan loceng di rumah kediamannya di malam buta. Ketika itu Anwar sedang memberikan satu persidangan akhbar yang dipenuhi oleh wartawan antarabangsa. Anwar meminta mereka yang hadir untuk bertenang, walaupun ketika itu pasukan polis yang datang secara rasmi sudah menceroboh masuk dengan cara memecah jendela dan pintu. Semakin jelas kepada mereka yang berada di situ betapa wujud usaha yang disengajakan untuk mencetus huru-hara yang dapat menjentik perasaan marah sebagai balasannya. Timbullah kejutan betapa pegawai polis yang menceroboh itu bukannya anggota polis biasa. Mereka adalah anggota polis UTK, yang amat terkenal dengan kesediaan melepaskan tembakan mengena bahagian tengah antara dua biji mata, sesiapa yang diangggap sasaran yang direlakan.

(Catatan: Untuk membuktikan keberkesanan tindakan kumpulan itu, tidak berapa lama selepas kejadian itu tercetus berita lima orang penculik .... yang terlibat menculik anak lelaki seorang pegawai tinggi UMNO.... telah mati dibunuh. Kesemua mereka adalah kaum India, termasuk seorang wanita yang hamil kandungan berusia lapan bulan. Kejadian itu berlaku di selatan pinggir Kuala Lumpur. Pada malam berikutnya, enam orang kaum India lagi yang dikatakan penyeludup senjata tapi telah ditembak mati di Kelantan. Dalam dua kejadian itu, polis telah mengaku betapa wujudnya 'kesilapan' dan waris si mati telah diberikan pampasan. Anggota polis yang menjalankan tugas rasmi membunuh dengan kejamnya masih lagi bebas dan merdeka tanpa ada sebarang dakwaan terhadap mereka. Baru-baru ini kerajaan telah menafikan dalam parlimen betapa wujudnya skuad pembunuh UTK itu, walaupun mereka kerap dianugerahkan hadiah secara terbuka. Jelas, betapa seseorang yang sanggup melakukan pembunuhan yang durjana mudah dianugerahkan bintang 'datuk' dan kebesaran oleh paduka raja.)

Setelah jelas bahawa rencana membunuh Anwar itu tidak dapat dilakukan selagi Anwar tidak dipisahkan daripada persidangan akhbar di rumahnya, dia telah diarahkan memasuki kamar yang lain untuk mendapatkan "dokumen yang diperlukan". Semakin jelas kepada Anwar niat sebenar taktik itu, dan mengarahkan orang lain mendapatkan dokumen itu. Pegawai polis yang sudah tertekan terus mencetuskan pelbagai kecelaruan untuk menyerkup rencana pembunuhan terancang mereka. Itupun setelah mereka menyedari betapa segala tindak-tanduk mereka sedang dirakam dengan jelas oleh himpunan manusia yang datang mengunjung dan putaran kamera video yang terus menggulung menyebabkan rencana jahat mereka tumpas di penghujung. Anwar telah dilarikan ke Ibupejabat Polis di Bukit Aman, di mana anggota pejabat Peguam Negara sudah lama menunggu ketibaannya. Ketua Polis Negara sudah diberitahu sejurus itu bahawa Anwar masih hidup bernyawa. Dia telah memberikan keyakinan untuk menangani masalah itu secara sendiri.

Setelah menyedari usaha membunuh itu gagal, Ketua Polis Negara (KPN/IGP) telah mengeluarkan arahan agar Anwar dikenakan ikatan pada matanya dan digari tangannya di sebuah kerusi. Dengan senyap, IGP menghampiri kamar tahanan, dan melancarkan serangan terhadap Anwar dengan ganas dan tanpa kasihan. Para pemerhati ada menyebut betapa dia sedang mabuk ketika itu. Setelah berpuashati bahawa serangan ganasnya itu sudah memadai untuk membawa mudarat kepada mangsanya, dia memberikan arahan agar Anwar dibiarkan bersendirian tanpa sebarang bantuan perubatan untuk beberapa hari lamanya. Namun, dia terkejut beruk apabila mengetahui Anwar masih bernyawa walaupun telah diganasi begitu teruk.

Anwar telah disorok daripada penglihatan ramai untuk dua minggu lamanya. Apabila masyarakat umum menyedari akan keadaan Anwar yang sudah lebam matanya, satu kebangkitan rakyat meledak secara spontan. Polis bukan sahaja kecundang dalam usaha mengakhiri nyawa Anwar, malahan mereka telah mengganasi beliau ketika dalam tahanan secara kejam. Tidak ada sesiapa yang mahu bertanggungjawab dengan pengaiban itu yang penuh onar, sehinggalah satu Suruhanjaya DiRaja ditubuhkan untuk menyiasat kisahnya yang sebenar.

Apabila semua pegawai polis di Bukit Aman disoal-siasat, barulah kebenaran menyerlah untuk dilihat. Baru muncul kesedaran betapa desas-desus yang berlegar ada kisah yang benar. IGP yang melakukan kerja laknat untuk mencederakan Anwar. Si bedebah itu melepaskan jawatannya kerana sudah terpaksa. Ketika dihakimi dia merayu setelah mengaku bersalah. Tuannya ialah Mahathir yang juga merupakan Menteri Dalam Negeri dan Perdana Menteri. Tetapi, Mahathir sendiri pura-pura tidak peduli akan perkara ini, sambil memberikan alasan betapa kecederaan Anwar itu adalah perbuatannya sendiri. Barulah timbul kesedaran spontan betapa Perdana Menteri adalah bedebah yang benar-benar bertanggungjawab dengan segala penderitaan Anwar. Inilah tanggapan umum sehingga hari ini. Demikianlah jijiknya hikayat ini pada awalannya dan apa yang berterusan selepas itu adalah satu sambungan yang tidak akan ada hentinya.

Segala usaha untuk mendakwa Anwar merupakan satu rentetan komidi yang penuh dengan kesilapannya. Ini melibatkan dua kes pengadilan dan beberapa kes rayuan yang menyusul kemudiannya. Anwar dan juga para peguambela beliau telah mematuhi segala peraturan mengenai bahan bukti, sambil memberikan jawapan dengan berkesan dan berani. Para hakim dan pendakwaraya yang bersekongkolan sesama mereka, telah menjadikan kedaulatan undang-undang negara sebagai bahan lelucon sahaja. Mereka telah melakonkan peranan badut negara, memutarbelit segala tahap perundangan mengikut selera semasa. Namun, dalam setiap penghakiman rayuan kes itu tidak ada hakim yang mendapati sesuatu yang tidak kena pada tempatnya. Usaha pihak pendakwa menyediakan affidavit yang penuh cacat celanya telah sengaja mereka bagaikan. Inilah yang bersesuaian dengan pegawai perundangan yang terbabit dalam kes ini diberikan ganjaran besar dengan jawatan yang lebih tinggi. Demikianlah tercetusnya segala unsur tragedy, terutama sekali dalam kes perubatan yang amat diperlukan oleh Anwar Ibrahim dan anggota keluarganya.

Rayuan kepada mahkamah Persekutuan, yang merupakan mahkamah terakhir untuk setiap rayuan, telah diumumkan pada Julai lalu. Semua pihak menentukan ketikanya dengan penuh keselesaan untuk membaca penghakiman yang bertulis pihak hakim-hakim yang bersekongkolan dalam mengetahui kesalahan Anwar. Mengikut para hakim yang dikatakan bijak sana, Anwar telah diberikan layanan yang saksama. Tidak wujud sebarang kesilapan di pihak hakim dan mahkamah rayuan. Demikian pendapat para hakim 'bijak sana Hapraknya'. Cuma ada sedikit cacat celanya, dan itulah yang mempunyai unsur yang ada masalahnya.

Kecelaruan kemelut itu dilihat oleh masyarakat umum seperti episod yang sengaja diumumkan. Semua itu adalah usaha bersahaja untuk menyalah-gunakan martabat dan kewibawaan mahkamah meneruskan ugutan dan rencana jijik Mahathir untuk mendakwa sesiapa sahaja yang enggan bersara setelah diarahkan berbuat demikian olehnya. Ironisnya terlalu jelas sekali kepada semua. Anwar memang bersalah dan Mahathir bersara sudah.

Adalah jelas betapa penghakiman itu bukannya hasil kerja mahkamah yang mengadili kes penghakiman mereka. Sesiapa yang memang peka kepada cara kerja tiga orang hakim mahkamah Persekutuan itu dapat menelah betapa penghakiman bertulis itu bukanlah hasil kerja-tangan mereka. Semuanya telah disediakan lebih awal lagi oleh seorang manusia yang mudah dikenali hasil kerjanya melalui fikiran mindanya dan kehaprakan tindakannya. Kini muncul satu persoalan yang menonjol: "Kenapakah tiga orang hakim itu merelakan kedurjanaan berlaku?" Inilah yang menjadi asas kenapa munculnya tulisan ini. Perdana menteri sedang dihantui satu dilemma, setelah tercetusnya satu situasi yang tidak dapat diselesaikannya lagi gara-gara ciptaannya sendiri. Biarlah ini menjadi satu iktibar kepada pihak lain yang berura-ura mahu menyimpang daripada lorong kebenaran dan ketelusan, setiap kali berhadapan dengan amanah rakyat. Anwar terpaksa diisytiharkan bersalah kerana mahu menjaga masa depan UMNO dan BN yang semakin parah. Seandainya Anwar dibebaskan daripada kurungan bersendirian, masa depan BN akan tertekan. Tetapi, Mahathir sudah ketandusan bahan rundingan kerana rakyat marhaen sudah tidak takut menghadapi segala ugutan.

Mahathir hanya mempunyai satu pilihan terakhir dengan menawarkan persaraannya. Semakin jelas betapa dia akan mundur dengan perasaan yang tersiksa. Dia tidak ada pilihan lain lagi dan ini adalah kebenaran yang asli. Rupanya dia sudah menawarkan perletakan jawatan itu sebagai galang ganti pengumuman 'bersalah' di pihak Anwar. Itulah yang dipersetujui oleh para hakim dengan berat hati. Tetapi sudah muncul satu persoalan lagi, apakah Mahathir masih boleh dipercayai. Sudah ada kesangsian betapa pertaruhannya melepaskan kuasa yang dirembatnya selama dua puluh tahun itu untuk mendapatkan penghukuman agar Anwar didapati bersalah adalah satu helah untuk menghambat masa untuk tidak mengaku kalah.

Semakin ramai yang percaya bahawa Mahathir tidak pernah berniat mahu bersara. Dia sudah menarik balik tawarannya, dan para hakim sudah semakin dihambat keraguan apakah mereka telah tertipu dan dimainkan. Hakim haprak itu sanggup menjual martabat mereka sebagai memenuhi syarat perjanjian yang kini merupakan kerja sia-sia. Inilah maksud sebenar kalau menyanggupi menjadi hakim di Malaysia masakini.

Jabatan Kehakiman yang sepatutnya bermaruah sudah tidak ada martabatnya lagi. Semua itu dikotori oleh najis buangan pentadbiran Mahathir. Semua itu telah mencemarkan jubah para hakim. Tidak ada sesiapa yang boleh merungut siapa sebenarnya yang durjana dengan kehaprakan begini. Seorang insan kamil sedang terpenjara kerana kedurjanaan penghakiman. Dia menanti secara menyendiri agar kebenaran dan keadilan dapat bernafas kembali untuk menyegarkan rakyat Malaysia. Segala penderitaan dan tragedi ini, mesti dipulihkan oleh kebangkitan rakyat yang menentangnya. Kebebasan lesen untuk terus berdurjana adalah direlakan oleh kebisuan, dan ketakutan. Sambil Anwar bersabar menunggukan masa, Malaysia semakin dihenyak oleh bebanan hutang yang bergunung tinggi dan asap berbisa yang semakin tebal sekali.

Semua keadaan itu diperhatikan sahaja oleh Daim Zainuddin yang lega dengan kekayaan berbilion ringgit nilainya. Dia sudah bersara awal sambil memerhatikan suasana di pinggiran, sambil berjaya menepis segala suluhan akan pembabitan dan tanggungjawabnya. Ramai yang menganggap bahawa Daim sudah bersedia menghadapi segala kemungkinan yang akan menghambatnya.

Terjemahan oleh SPAR (suntingan Z-M@R) - 18.08.2002


back to list of articles

The url of this page is: https://harunrmy0.tripod.com/05ResignsM.html